Selera bertambah, mama bahagia.

Bila anak mula seleranya susu je, badan susut, mak-maklah yang paling pening fikir. Sebab hampir 100% masa anak-anak bersama mak tersayang. Kurus tak cukup zat mak pening, lebih makan obes pun pening jugak.

Macam As, kalau si Adam tu, mula menunjukkan selera terhadap nasi dan “real food” semakin menurun, As akan tanya orang-orang lama resipi untuk kanak-kanak yang tak pedas tapi sedaplah. Budak-budak ni, macam kita jugak yang dewasa ni, ada turun naik selera makannya. Kalau sedap bertambah, kalau “lebih sedap” kejap je makan. Hikhik…..Tapi biasanya Mr. Google lah pembantu setia As. Enjin carian yang banyak bantu As mencari maklumat. Banyak resipi yang sesuai untuk anak-anak. Maklumlah, mama kepada 2 hero kecil ni, bertatih-tatih lagi dalam memasak. Tapi, bila semua usaha menunjukkan selera terhadap susu sangat tinggi berbanding “real food” seperti nasi, mee atau bihun, kita risau cukup tak zat anak-anak kita ni untuk kekal sihat dan aktif. 
Mulalah dari situ As belajar memberi “supplement” untuk hero 2 orang ni. Iqram, selera makannya nampak sangat bersemangat. Nampak semangat betul sekarang. Cuma Adam tu, sejak-sejak masuk tadika, selera makannya tak berapa nampak. Memilih. Dengan ibu pengasuhnya, kalau ada lauk yang berkenan, memang bertambah. Kalau tak, susulah pilihan jiwanya. 


Jadi, As berikan Mealshake, sebagai tambahan dalam susu yang diminumnya. Sesudu sehari sebelum tidur. Umur setahun ke atas dah boleh beri. Untuk anak yang tak menyusu ibu, boleh dah diberi. Mealshake tu sebenarnya As pun kadang-kadang curi minum. Sedap. Bulan puasa semasa sahur, As akan campur dengan ESP dan Performance Drink selain makan kurma. In Sya Allah mampu bertahan sehingga waktu berbuka. 
Menariknya…. bila beri Mealshake, memang selera makan dia bertambah. Bila tak beri, selera makannya tak macam bila diberi Mealshake, dingin je tengok. Sebab kandungan Mealshake ni dalam dia ada semua kandungan vitamin dari 19 jenis vitamin dan mineral, 9 jenis asid amino perlu, tinggi kandungan serat dan protein, tinggi kalsium dan rendah glisemik indeks. 
Kenapa As beri Mealshake? Sebab, Adam ni, sayur tak nak. Kadang-kadang ikan pun tak nak. Dengan Mealshake, In Sya Allah, melengkapkan apa yang kurang untuk si Adam. Letak sesudu sehari je sebelum tidur, kalau setiap kali masukkan dalam susu, parah jugak mama dia nak beli Mealshake rasa vanila yang sedap ni. huhuhu… bukan apa, takut mama tak larat nak layan selera makan dia pulak nanti.hihi
Sabar je la mama dia….. Macam tu lah kisah jadi mak, untuk anak-anak tetap jadi keutamaan. Tetiba duk teringat kat mak kat Ipoh…. patutlah mak duk pesan banyak benda sebab mak tetap seorang mak… risau, pesan, sayang bebel, bila dah jadi mak, baru tahu kenapa lah mak seorang yang cerewet…..
Oklah…. cukup dulu coretan Mama yang beri Mealshake. 
Kalau rasa nak Mealshake, boleh contact As ye.
0197765641

☘Your trusted SID☘

#tsunamishaklee

#landmarkstudy

#shakleeeffect

#liveamazing

#konsultasimamaiqram

#iqramempire

#prog20

As

Isteri kepada En. Zulalizam B. Kamarudin. Memiliki dua orang putera, Adam Darwisy B. Zulalizam dan Adli Iqram B. Zulalizam. Merupakan seorang guru dan pengedar Shaklee di kawasan Sitiawan, Lumut dan Seri Manjung. Gemar mengambil kisah positif sebagai pemangkin untuk terus maju dan berjaya. Ingin mendapatkan produk Shaklee, boleh hubungi 0197765641

You may also like...

2 Responses

  1. Aada says:

    Bila anak-anak dah addicted dengan mealshake ??

    Jemput baca entry baru
    http://ummiohsem.blogspot.my/2016/11/barang-ke-rumah-pengasuh.html?m=1

  1. December 24, 2016

    […] makanan untuk anak-anak. Perubahan suasana pun boleh buat selera anak-anak makan bertambah. Selera bertambah, mama bahagia. Anak-anak rasa seronok sebenarnya. Kalau dah dekat dengan mana-mana tempat rekreasi perkelahan, […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge