8 Cara Mudah Hindari Stres

Setiap orang mengalami stres bukan sahaja kerana masalah pekerjaan, tetapi mungkin juga dalam percintaan, perkahwinan ataupun keluarga. Jika dibiarkan berterusan, ia boleh membuatkan kesihatan fizikal semakin menurun. Untuk menghilangkan stres, anda sanggup ke spa atau pusat peranginan/rekreasi. Sebenarnya ada cara mudah, bahkan anda tidak perlu mengeluarkan wang.

1. Lakukan rutin yang menyenangkan.

Setiap hari anda pasti melakukan rutin yang anda suka seperti mandi air suam sebelum tidur, mendengar muzik kegemaran atau menonton telemovie kegemaran anda. Jadi ketika stres lakukan rutin yang menyenangkan sehingga membuat hati dan fikiran anda lebih tenang.

2. Cari udara segar.

Keluarlah waktu pagi untuk mendapatkan udara yang segar. Menikmati pemandangan, suara burung, aroma pagi dan sinaran matahari waktu pagi dapat meningkatkan hormon serotonin. Kajian yang dilakukan oleh Washington State University mendapati, meletakkan tanaman di meja pejabat dapat menurukan tekanan dan mengurangkan stres.

3. Jadikan kaki/tangan sibuk

Fikiran anda tidak berhenti daripada melakukan perkara negatif. Untuk mengatasinya, alihkan fikiran anda dengan melakukan aktiviti fizikal yang melibatkan tangan, kaki atau bahagian badan yang lain. Contohnya bergambar, naik dan turun tangga, memasak makanan sihat dan sebagainya. Gerakan ini akan membuatkan fikiran anda menjadi lebih rileks.

4. Bayangkan tempat tenang

Bayangkan satu tempat tenang yang membuatkan anda tenang. Contohnya, pemandangan laut yang biru, pergunungan, taman bunga dan sebagainya. Tutup mata, fokuskan kepada pernafasan dan bayangkan tempat tersebut. Lakukan setiap hari selama beberapa minit.

Penelitian dari University of California, Los Angeles mendapati bahawa badan akan mengeluarkan lebih sedikit hormon stress (kortisol) ketika otak membayangkan tempat yang indah dan tenang.

5. Mandi

Mandi dengan air yang hangat dengan menitiskan beberapa titis minyak aromaterapi atau lilin wangi di dalam tub mandi boleh menenangkan fikiran dan badan. Pilihlah haruman lavender atau melati kerana ia berkhasiat dan mengurangkan stres.

Mungkin ini juga masanya mengeluarkan sedikit wang untuk ke spa!

6. Senaman

Senaman atau aktiviti fizikal dapat meningkatkan hormon endorphin sehingga membuatkan perasaan anda lebih baik. Hormon ini mengatur ritma tidur, meningkatkan tenaga dan membantu anda lebih tenang serta fokus. Pilih senaman yang anda suka dan carilah masa yang agak lapang daripada rutin kerja anda.

7. Bersyukur

Penelitian dari National Institutes of Health mendapati bahawa seseorang yang menunjukkan rasa bersyukur dan berterima kasih dapat meningkatkan aktiviti di hypothalamus. Hyypothalamus adalah bahagian yang berfungsi dalam mempengaruhi stres. Anda boleh meluahkan rasa syukur dengan menulis nota kecil atau mengucapkan terima kasih kepada teman dan keluarga.

8. Makan pisang

Zat-zat yang terkandung dalam pisang meningkatkan pengeluaran hormon serotonin (kekurangan hormon ini akan membuatkan seseorang cepat marah dan lebih emosional). Bersarapan dengan sebiji pisang akan meingkatkan fungsi penghadaman dan pembuluh darah, sekaligus melindungi badan anda dari stres.

Kepada mereka yang bekerja, awal tahun dan akhir tahun kebiasaannya kerja akan bertambah kerana pelbagai projek akan dijalankan malah bos selalu kejar pekerja seliaannya untuk siapkan sebelum “dateline”. Mungkin anda boleh cuba cara di atas selain memohon doa kepada Tuhan semoga segala yang dirancangkan menjadi dan kita semua dapat mengatasi stres dan tidak memberi beban stress itu kepada orang lain pula!

LOVE

MAMAIQRAM.COM

As

Isteri kepada En. Zulalizam B. Kamarudin. Memiliki dua orang putera, Adam Darwisy B. Zulalizam dan Adli Iqram B. Zulalizam. Merupakan seorang guru dan pengedar Shaklee di kawasan Sitiawan, Lumut dan Seri Manjung. Gemar mengambil kisah positif sebagai pemangkin untuk terus maju dan berjaya. Ingin mendapatkan produk Shaklee, boleh hubungi 0197765641

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge