6 Larangan Semasa Berpantang Supaya Anda Cepat Sembuh

Sesungguhnya berpantang adalah amalan yang istimewa. Manakan tidak, terdapat beberapa pantang larang yang diamalkan sejak nenek moyang kita dulu sehingga sekarang masih dipraktikkan. Jom kita lihat antara pantang larang yang masih menjadi amalan sehingga hari ini.

6-larangan-semasa-berpantang

1.Mandi

Semasa mandi hendaklah duduk di bangku. Cara ini dikatakan untuk menjaga kebersihan peranakan. Dengan duduk di bangku, anda tidak menggunakan banyak tenaga disebabkan ibu baru melahirkan masih dalam keadaan lemah.

2. Peranakan sembuh semula

Peranakan dikatakan akan cepat sembuh anda merapatkan kaki semasa tidur. Anda juga tidak boleh terlalu aktif. Dapatkan rehat di katil dalam masa seminggu.

3. Pantang 100 hari

Sanggupkah anda berpantang 100 hari? Bagi memastikan peranakan kembali normal, anda digalakkan berpantang dalam tempoh ini dengan tidak mengadakan hubungan kelamin dengan suami. Cara ini akan memulihkan peranakan dan kesihatan anda. Berbincanglah dengan suami anda supaya suami anda memahami kepentingan pulihnya bahagian peranakan anda. Bukankah untuk kebaikan bersama juga.

4. Duduk bersimpuh

Duduk bersimpuh dengan merapatkan dua lutut adalah amalan yang dilakukan semasa dalam pantang. Sama ada bersalin secara normal atau pembedahan, anda digalakkan duduk bersimpuh. Cara ini dikatakan mampu mempercepatkan penyembuhan luka-luka selepas melahirkan.

5. Mata Rabun

Elakkan menjahit atau membaca semasa dalam pantang. Ini kerana keadaan fizikal anda masih lemah untuk memberi tumpuan kepada sesuatu perkara.

6. Ibu jari kaki terhantuk

Semasa dalam pantang, anda perlu berjalan secara perlahan. Ia bertujuan mengelak ibu jari kaki terhantuk. Adakalanya jika terhantuk, ia boleh menyebabkan anda pitam atau bentan.

Sesungguhnya, setiap pantang larang yang menjadi warisan turun temurun mempunyai sebab yang tersendiri memandangkan orang-orang tua telah pun merasai asam garam dalam berpantang. Oleh yang demikian, sesuatu yang positif, wajarlah kita ikuti manakala pantang larang yang menyalahi agama tidaklah perlu kita patuhi.

Alhamdulillah, begitulah kehidupan selepas berpantang. Banyak yang perlu dipatuhi supaya tubuh kembali sihat. Ambil set apa semasa berpantang? Pantang dengan Set Shaklee memang best sangat . Stress kurang, badan pun tak letih. Maklumlah anak menyusu dapat tidur yang lena dan berkualiti. Berjaga malam tu perkara biasa. Sebab baby pun baru nak menyesuaikan diri dengan dunia baru. Kenapa Set Pantang Shaklee? Semasa berpantang, kita makan makanan yang tak berapa nak menyelerakan. Tapi perut kena kenyang supaya tak masuk angin kan? Cukup ke zat dalam makanan yang kita makan? Selalu sangat ibu dalam pantang nak meroyan marah-marah. Mungkin makanan yang kita makan tak cukup zat. Bukan takde langsung tapi tak cukup. Macam bayi, yang kita kata tak cukup susu tu, susu badan yang baby minum tu cukup tak zat daripada emaknya. Selalu orang-orang tua cakap kalau nak beri baby minum susu ibu, makan kena jaga. Bila kita jaga makan, cukup tak zat dengan vitamin yang kita nak bekalkan dekat baby?

Dengan Set Pantang Shaklee ni, In Sya Allah, kita dapat tambah zat yang kurang dalam makanan kita.

Protein, cukup tak protein kita nak beri pada baby melalui penyusuan tu? Protein ni untuk pembentukan sel bayi. Ha, selain bekalkan dekat bayi, maknya pun kenalah jugak makan protein. Cukup tak protein dengan makan ikan dua ekor. Protein pun mudah musnah kalau kita masak pada suhu tinggi. Kita pun tak tahu cukup ke tak protein yang ada dalam ikan goreng atau pun ikan bakar. Minum ESP, In Sya Allah, cukup protein yang nak dibekalkan pada bayi. Mak kenyang, baby pun cukup sumber protein. Kalsium, cukup tak untuk bayi dan maknya. Susu pun ada yang tak boleh nak telan. Kalau tak, bayi dapat zat, tulang dengan gigi mak dah melopong sebab zat dah bagi pada anak. Baru umur 30 tahun badan dah sakit belakang, tak sampai 50 gigi dah mula rongak. Sebab susu pun tak minum, pil kalsium pun tak makan. Pil kalsium ni pulak kena ada magnesium dengan vitamin D, kalau tak, penyakit lain yang dapat, sembelit. Untuk kewanitaan, terutamanya servis untuk suami tersayang kena jaga jugak. Tak nak makan jamu, kita jugak yang dipersalahkan nanti, alfalfa ni selain menjaga aset wanita, memperbanyak susu badan. Nak pulih luka selepas jahitan dan pembedahan, kena makan vitamin C dan makanan yang berasaskan sumber zinc. Boleh makan buah oren dengan ikan haruan segar. Buah oren kalau duduk dengan orang lama, mesti mereka tak bagi. Habis macam mana nak bagi baik cepat kan. Ikan haruan kalau kawasan dekat dengan kampung atau pasar yang ada jual bersyukurlah. Kalau tak jumpa, makanlah ikan lain yang tak gatal. Kalau tak lalu jugak, makanlah Zinc Complex, topup sumber makanan berasaskan zinc tu. Asyik rasa nak marah, berasa macam urus anak seorang diri, makanlah B-complex dengan Vitalea, menukarkan sumber makanan yang dimakan kepada bentuk tenaga. Barulah ada tenaga nak  tengok-tengokkan anak.

 

Dapatkan SET BERPANTANG SHAKLEE PREMIUM jika nak masa berpantang anda dipenuhi dengan nutrisi yang mencukupi malah memastikan bayi menyusu mencukupi, ibu pula bertambah sihat!

Alhamdulillah, As dah amalkan Set Berpantang Shaklee. Memang sangat berbeza dengan berpantang semasa anak pertama. As rasa ramai yang patut rasa keberkesanannya. In Sya Allah semua dengan izin Allah. Bila kita dah makan, dah amalkan, In Sya Allah, badan sihat, cukup zat, tak mudah stress. Bukan sekadar ingin menjual, tapi nak orang lain sama turut merasa sihat dan cergas semasa berpantang. Anak pun cukup dapat zat bila menyusu.

Untuk konsultasi, hubungi As.

0197765641.

As

Isteri kepada En. Zulalizam B. Kamarudin. Memiliki dua orang putera, Adam Darwisy B. Zulalizam dan Adli Iqram B. Zulalizam. Merupakan seorang guru dan pengedar Shaklee di kawasan Sitiawan, Lumut dan Seri Manjung. Gemar mengambil kisah positif sebagai pemangkin untuk terus maju dan berjaya. Ingin mendapatkan produk Shaklee, boleh hubungi 0197765641

You may also like...

2 Responses

  1. mrhanafi says:

    jika suami memahami maka berpantang lebih lama jauh lebih baik
    mrhanafi recently posted…Projek Amal Blogger Jadi Projek BesarMy Profile

  2. titan says:

    ya.

    pandai-pandailah jaga diri ye.

    kena selalu perhati apa yang patut bila berpantang nih.
    titan recently posted…Volkswagen Kuning yang SERAMMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge