3 Sebab Mengapa Perlu “Follow Up” Pelanggan

Bagi seorang ahli Shaklee yang mempunyai ilmu dan merancang melebarkan perniagaan, dalam kesibukan mencari pelanggan untuk membeli dari kita, janganlah kita lupakan pelanggan yang telah dan pernah membeli supplemen dan vitamin dari kita. Cubalah bertanya khabar pelanggan yang pernah membeli dari kita, berbunga-bunga hatinya bila ada orang ingat pada mereka. Sesetengah tu, bila pelanggan dah bayar dan dah dapat barang, dibiarnya pelanggan tu keseorangan. Tak baik macam tu…lubuk rezeki namanya, mana tau terbuka hatinya untuk membeli lagi kan…..

Saya kongsikan File not found. 3 Sebab Mengapa Perlu Follow-Up Pelanggan 

  1. Supaya bisnes GROW dan SUSTAIN

Memang mencari pelanggan itu penting supaya bisnes kita akan GROW

Tetapi jangan lupa pelanggan yang pernah membeli dengan kita kerana merekalah yang akan mengekalkan bisnes kita. (SUSTAIN)

Mana-mana bisnes sekalipun, memerlukan kedua-duanya iaitu GROW dan SUSTAIN.

Jadi, dalam kita berusaha mencari pelanggan, jangan lupa pelanggan yang pernah membeli dengan kita.

 

2. Pasti ada yang tertunggu-tunggu dan nak kita hubungi mereka

Memang, memang PASTI ada pelanggan yang dah beli tu tak jawab-jawab SMS kita, tak pernah angkat bila kita call & tak pernah respon apa yang kita emel, PM, WhatsAp, dan lain-lain. Tapi dalam pada banyak-banyak pelanggan yang tidak mahu melayan kita, pasti ada yang tertunggu-tunggu untuk kita contact & follow up:

– barang yang dia order dah sampai ke belom
– dia dah start guna secara konsisten ke tidak
– dia ada masalah ke tak lepas guna atau semakin elok

Daripada cara kita follow up & layan pelanggan yang dah beli ni lah yang akan buat, mereka proaktif contact kita bila stok dia dah habis dan mereka akan tolong bawa mulut untuk promosi ke kawan-kawan dan minta kita tolong orderkan dan kadang-kadang mereka yang akan serah diri nak daftar jadi ahli dengan kita sebab seronok berkawan dengan kita.

Maka, kebarangkalian untuk orang yang dah pernah membeli dengan kita terus membeli dengan kita adalah 70-90% lebih tinggi daripada dia nak beli dengan orang lain. Sebabnya, bukan senang nak percayakan orang. Bila dah percaya (tak kena tipu, order barang komfem sampai, guna pula tiada masalah memang dia akan carik kita je sampai bila-bila.

Jadi, dalam pada sibuk carik customer baru untuk kembangkan empayar, sayangilah pelanggan-pelanggan yang dah dah pernah membeli dengan kita  kerana merekalah yang akan membantu untuk SUSTAIN sales kita!

3. Mendapat konsultasi dan cara pemakanan makanan tambahan yang betul

Yang ini sebenarnya yang paling penting. Orang berniaga, kita pun nak berniaga. Dengan keadaan sekarang memang semua orang cuba cari duit tambahan untuk menampung perbelanjaan. Tapi, bila berniaga makanan tambahan, apa yang penting ialah konsultasi cara makan yang betul kerana makanan tambahan dan vitamin ini bukanlah dapat diperoleh hasilnya dengan cepat kerana jika salah konsultasi cara makan, vitamin itu dikatakan tidak berkesan maka syarikat pula yang akan dipersalahkan. Jadi, nak jadi Shaklee Independent Distributor, kita mestilah berilmu dan menghadiri kelas nutrisi sebagai persediaan yang betul untuk menjaga kesihatan orang ramai.

Jadi kepada semua SID, jangan lupa, follow up pelanggan anda! Rezeki datang dariNya, semoga bertambah rezeki kita kelak!

Kredit: Master Z

LOVE

MAMAIQRAM.COM

SHAKLEE LOVER

Ingin dapatkan produk Shaklee atau mendaftar ahli Shaklee? Hubungi AS 0197765641

Shaklee Independent Distributor

SID : 1167436

As

Isteri kepada En. Zulalizam B. Kamarudin. Memiliki dua orang putera, Adam Darwisy B. Zulalizam dan Adli Iqram B. Zulalizam. Merupakan seorang guru dan pengedar Shaklee di kawasan Sitiawan, Lumut dan Seri Manjung. Gemar mengambil kisah positif sebagai pemangkin untuk terus maju dan berjaya. Ingin mendapatkan produk Shaklee, boleh hubungi 0197765641

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge