3 Aktiviti Cuti Sekolah Yang Tidak Memakan Belanja Yang Banyak

Cuti sekolah kali ni betul-betul senyap.
Senyap dari keriuhan pergaduhan si Adam dan Iqram.

Iqram beria-ia semangat nak ikut tok wan dengan opah balik kampung. Si Adam tak nak. Memang si Adam manja lagi daripada si adik. Mana sama kan perangai anak-anak ni? Kita adik beradik pun sentiasa berbeza watak. Rupa mungkin sama tapi perangai tetap berbeza.

So seorang di kampung, seorang tinggal dengan mama.

Dengan Adam, mama bawa petang-petang pergi main di taman. Ada masa free, mama layan dan habiskan masa di rumah. Ada masa free mama bawa balik Ipoh. Paling tak boleh lupa bawa Adam “picnic” dan tengok kali pertama dia mandi laut. Next time boleh bawa adik sekali.

Sekolah dah nak buka, minggu depan mama pun akan kembali sibuk. Pendaftaran Adam pun nanti minta tolong pengasuh.

Walau pun anak-anak jauh menemani tok wan dan opah di kampung nun,mama tetap mendoakan anak-anak mama. Nanti bila papa dah jemput balik, mama pun dah tak sunyi. Mama tak dapat balik kampung atas urusan menanda kertas SPM. Okay, sekarang As kongsikan 3 aktiviti cuti sekolah yang tidak menelan belanja yang banyak untuk kanak-kanak 4,5 dan 6 tahun.

  1. Ajar anak membaca dan mengeja.

Untuk ibu bapa yang sibuk, anda pasti luangkan masa juga untuk anak semasa bercuti. Selain bercuti-cuti Malaysia, ambil peluang bawa buku kecil bersama sambil membantu anak membaca. Sambil tunggu makanan dan minuman tu sampai, galakkan anak membaca tetapi jangan memaksa. Mereka sangat seronok bila mereka dapat membaca. Macam As baru ni, keluar di kedai buku Popular, ada beli buku Boboiboy, nampak semangat Adam nak membaca. Nampak semangat dia nak baca nama-nama karakter kartun kegemarannya itu. Dan kadang-kadang sambil-sambil naik kereta dia cuba tanya mama dia ni, macam mana nak eja kereta, lori, ejaan yang simple, tapi bermakna!

 

Gambar ihsan google…nak tunjuk buku yang Adam beli…bukunya Adam dah bawa balik kampung..hehe

Sempatkan juga sentuh buku, baca je buku yang dipelajarinya masa di tadika tu

2. Berkelah di kawasan rumahYang ni sebenarnya kita tukar suasana untuk anak-anak rasa seronok. Biasa kita hidangkan makanan dan minuman di atas meja, cuba tukar bentang tikar di bahagian garaj rumah yang selalu diletakkan di kawawan kereta. Bolehlah pasang kipas jika panas…… hehehe….Yang tinggal di rumah jenis tinggi-tinggi tu, kereta letak di bawah, ambil peluang berkelah di mana-mana kawasan rekreasi. Rajinkan diri untuk sediakan makanan untuk anak-anak. Perubahan suasana pun boleh buat selera anak-anak makan bertambah. Selera bertambah, mama bahagia. Anak-anak rasa seronok sebenarnya. Kalau dah dekat dengan mana-mana tempat rekreasi perkelahan, ambil peluang kerana masa kecil anak-anak ialah masa paling seronok untuk anak-anak. macam iklan dalam televisyen tu…”hak kami, hak bermain!”

Bawa berkelah di Teluk Batik. Depan rumah tak tangkap gambar pulak. hhehe

Mama sibuk buat Detoks Parasit. Makan Betik bawa berkelah. nyum nyum

3. Menemani anak-anak ketika waktu petang

Cuti sekolah bagi anak-anak kadang kala sesuatu yang sangat membosankan jika tidak dipenuhi dengan aktiviti. Jika asyik menonton televisyen sahaja, sangat tepu otak anak. Cuba bawa anak bermain setiap petang. Anak-anak memang sangat suka ditemani kerana mungkin mereka juga berasa selamat. Ibu bapa yang masih bekerja semasa cuti sekolah, peruntukkan masa untuk membawa anak-anak bermain pada hujung minggu. Jika terasa beban untuk membayar kos yang disediakan di “shopping complex” bawa sahaja ke tempat yang tidak perlu membayar seperti di taman permainan kawasan rumah atau tempat-tempat awam yang percuma. Jika selepas itu anak-anak merengek nak beli jajan yang merepek-repek kandungannya tu, cakap sahaja makan jajan tu akan datang sakit, terangkan kandungannya tak elok, jika diterangkan, lama kelamaan mereka terpaksa juga akur dengan cakap ibu bapa. Bawa air masak siap-siap, selepas main dah semestinya anak-anak akan haus.

Bawa ke taman permainan di Giant. Percuma main di sini. Cuma pantau juga keselamatan mereka.

Simple tetapi berbaloi untuk meluangkan masa bersama anak-anak!

LOVE

MAMAIQRAM

As

Isteri kepada En. Zulalizam B. Kamarudin. Memiliki dua orang putera, Adam Darwisy B. Zulalizam dan Adli Iqram B. Zulalizam. Merupakan seorang guru dan pengedar Shaklee di kawasan Sitiawan, Lumut dan Seri Manjung. Gemar mengambil kisah positif sebagai pemangkin untuk terus maju dan berjaya. Ingin mendapatkan produk Shaklee, boleh hubungi 0197765641

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge